Nak Berbuka? 10 Cadangan Iftar di Sunway Pyramid

Apa khabar semua!

Pejam celik pejam celik minggu ni dah nak Raya. Haaa…masa memang berlalu dengan cepat. Lion pasti anda semua mesti dah kunjungi bazaar-bazaar berdekatan dengan anda. Sekarang ni Lion just nak share antara options yang anda boleh jumpa kat Sunway Pyramid. Ni lah dipanggil 2 in 1, anda boleh berbuka puasa dan juga mencari barang-barang last minute untuk Raya nanti.

Char Kuey Teow

1. Mega Lanes Café

Kalau dah memang mengidam makanan tempatan, anda boleh mengunjungi Mega Lanes Café. Untuk yang tak berapa tahu, Mega Lanes Café ni sebelah je dengan Bowling Alley di F1-22. So alang-alang lepas makan tu boleh terus exercise sikit. Yang penting, harga di sini amat berpatutan dan choices dia memang banyak!

Bountiful Ribs -Full Slab

2. Tony Roma’s

Bagi penggemar tegar daging, jangan lepaskan peluang ni untuk ke Tony Roma’s di LG1-43. Mereka sedang menawarkan dinner set pada harga RM67.73, yang termasuk hidangan utama, soup of the day, dan minuman Fruity Breeze. Kalau nak dessert skali pun boleh, mereka offer discount untuk dessert dengan setiap pembelian set dinner.

Giant Fried Platter copy3. The Manhattan Fish Market

Jom sea-lebrate dengan Manhattan Fish Market! Memang sesuai dikongsi bersama rakan2 atau sekeluarga, dengan hanya RM61.37 anda boleh dapat pelbagai seafood dalam satu platter. Penambahan RM10 akan memberi anda bottomless soup of the day dan minuman. Datang ke LG2-49 beramai-ramai dan cuba kesemuanya!

Tarbush

4. Tarbush

All you can eat! Siapa yang tak suka ke buffet, lagi-lagi di bulan puasa ni. Dengan hanya RM65++ untuk dewasa dan RM45++ untuk kanak-kanak, anda boleh menikmati pelbagai sup, salad, pembuka selera, hidangan utama, dan dessert. Suasana di dalam Tarbush juga ala2 di Arab, so memang lagi enjoy makan di sini, LG2-123.

DSC02210

5. Papa John’s

Rendang Feast! Papa John’s ada beberapa set yang anda boleh pilih. Sesuai untuk 2 hingga 8 orang, set-set ni bermula dari RM38 dengan penjimatan sehingga RM50! Apa lagi, ajaklah rakan-rakan atau keluarga untuk mencuba Rendang Delight Pizza Papa John’s di F1-53.


Hui Lau Shan

6. Hui Lau Shan

Di LG1-118, Hui Lau Shan menawarkan RM17.90 setiap set dan anda boleh memilih antara rendang ayam, kari ayam atau ikan assam pedas. Semua set datang dengan air dan dessert, sesuatu yang Lion memang suka! Tip untuk pembaca, print voucher dibawah dan anda boleh membeli dua set dengan hanya RM29.90. Syok!

Seafood Spaghetti - Mussels, calamari and tuna in tomato sauce.

7. Capricciosa

Ni lagi satu set yang Lion nak ceritakan. Dengan set-set yang mengandungi pasta, sayur, seafood and daging, set Capricciosa memang boleh dikatakan all-in-one. Semestinya ada sesuatu untuk semua di LG2-127.

Carl's Jr8. Carl’s Jr.

Bagi penggemar makanan Western, singgah ke Carl’s Jr di LG2-121 dan nikmati Ramadan meal mereka. Terdiri dari set untuk 2 dan 4, setiap pembelian Ramadan meal akan memberi anda satu peluang untuk memenangi iPad Air 2 atau Lenovo Tab 2! Dah tak yah cakap banyak lagi, jom cuba nasib!

11542101_10153099654364023_3535666090509658040_n

9. Delicious

Sempena bulan Ramadan ni, Delicious mengajak anda berkongsi dengan pasangan atau rakan anda dengan Set Dinner for 2. Dengan hanya RM75, anda akan mendapat 2 hidangan utama, 2 sup, 2 minimun dan juga cake pilihan anda. Tak ke berbaloi? Jadi jangan bazirkan peluang ini dan nikmati tawaran ini di LG2-55!

11748620_10155739107560212_1830825276_n10. Mantra

Mantra yang baru dibuka kembali di LG2-122A ni bertemakan Indian cuisine. Sempena grand opening mereka, anda boleh mendapat promo 10% off untuk set biryani dan naan mereka. Selain dari tu, Mantra juga memberi pilihan Ramadan Delights yang bermula dari RM25. Lion sudah jatuh cinta dengan tawaran Fish Head Curry yang berharga RM45++ sahaja.

Jom berbuka!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s